PENGENALAN
Kata santun menurut
Kamus Dewan ialah halus budi bahasa atau pekerti, beradab, bersopan. Oleh
itu, kata kesantunan berkaitan dengan sifat kehalusan budi
bahasa atau budi pekerti dan kesopanan.
Kesantunan
bahasa secara umum bermaksud penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab,
memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak
yang menjadi teman bicaranya. Kesantunan bahasa menjadi salah satu ciri
penting bangsa yang bertamadun.
DEFINISI KESANTUNAN BAHASA
"Kesopanan dan kehalusan dalam
menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.
Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib, sopan santun dan mengandungi
nilai-nilai hormat yang tinggi.”.
PUNCA-PUNCA KESANTUNAN BERBAHASA
SEMAKIN LUNTUR
Remaja memainkan peranan yang penting dalam
memacu negara pada masa akan datang. Jika mahu melihat corak masa akan hadapan
negara lihatlah pilihan warna remaja pada masa kini. Begiutlah analogi yang
menggambarkan jika remaja hari ini bersikap pincang, maka keadaan negara pada
masa akan datang masih belum terjamin,begitulah sebaliknya. Tidak dinafikan
semkain kurang santunnya dalam berbahasa. Penggunaan bahasa-bahasa yang kesat
dalam perbualan seharian. Terdapat bebrapa faktor yang menyumbang kepada lunturnyakesantunan
bahasa dalam kalangan masyarakat ini.
1. Pengaruh media massa:
Pengaruh media massa yang tidak dapat lagi
dibendung, yang secara tidak langsung mempengaruhi minda mereka.Perkembangan
media elektronik semakin maju dan mampu menghasilkan pengiklanan yang menarik .
Kemajuan elektronik yang sedang dicapai ini telah dicemari dengan bahasa-bahasa
yang kurang menyenangkan. Budaya luar yang berleluasa pada masa kini mudah
diikuti oleh anak-anak.Hal ini demikian memberi pengaruh yang kurang baik kepada
anak-anak kerana budaya luar tidak mementingkan budaya budi bahasa. Sebagai
contoh yang boleh dilihat, remaja terpengaruh dengan budaya luar seperti
"punk", "gothik", dan sebagainya.
2. Pengaruh rakan sebaya serta persekitaran
Biasanya remaja yang cepat pengaruh dengan
rakan sebaya mereka. Hal ini demikian kerana pada peringkat remaja,rata-rata
tidak mahu hidup dalam keadaan terkongkong dan sentiasa mempunyai keinginan
untuk mencuba sesuatu yang baharu. Remaja seperti ini biasanya mengeluarkan
bahasa-bahasa yang tidak sopan apabila mereka bertemu atau melepak.
3. Kurang didikan daripada ibu bapa
Kedua ibu bapa kurang memainkan peranan
mereka sebaik mungkin dalam mendidik anak-anak mengenai budi bahasa. Ibu bapa
perlulah menerapkan budi pekerti yang baik kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya menyebabkan anak-anak kurang
bertutur dengan sopan santun dan tidak menekankan aspek budi bahasa dalam diri
anak-anak. Hal ini demikian kerana ibu bapa terlalu mengharapkan guru atau
pendidik di sekolah untuk mendidik anak-anak
4.Remaja atau masyarakat yang kurang ilmu
pengetahuan
Para remaja menganggap bahawa berbudi bahasa
tidak penting kerana mereka menganggap ia kolot dan memalukan . Ada sesetengah
individu juga berasa bangga dengan status (anak orang berada) . Oleh itu
, mereka lebih bangga dengan budaya luar berbanding budaya sendiri . Di samping
itu , individu tersebut juga mendapat kurang didikan agama daripada kedua ibu
bapa nya yang menyebabkan mereka bercakap dengan bahasa yang kurang sopan.
ISU BAHASA ROJAK
Bahasa Rojak digunakan secara meluas terutama
di kalangan remaja bandar Malaysia, hal ini sekaligus membimbangkan orang
dewasa tetang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Kerajaan
Malaysia memutuskan hendak melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang
betul terutama di sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan Bahasa
Rojak. Sebagai contoh, TV 3telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival
Jom Heboh oleh sebab kebimbangan orang ramai.
Majalah komiksering disalahkan lantaran
menjadi punca Bahasa Rojak dan isu ini sering diperdebatkan. Perkataan atau
frasa yang ditulis dalam Bahasa Rojak sering ditekstebalkan untuk memungkinkan
pembaca mengenal pasti perkataan-perkataan mahupun frasa-frasa ini (seperti
dalam majalahUjangdan Apo?). Secara khususnya, menjelang akhir tahun 2003,
majalah Gempakdan Krekomenggunakan
bahasa yang lebih formal dan meminimakan penggunaan Bahasa Rojak.
ISU KHIDMAT PESANAN RINGKAS (SMS)
Isu ini banyak diperkatakan dalam masyarakat
hari ini. Penggunaan bahasa dalam kalangan remaja masa kini
menimbulkan keresahan banyak pihak. Baik dalam bentuk lisan (percakapan)
mahupun tulisan terutamanya dalam khidmat pesanan ringkasan (SMS), e-mel dan di
laman-laman sosial, para remaja menggunakan bahasa atau istilah-istilah yang
kurang sopan, apatah lagi dari segi hukum tatabahasa bahasa Melayu, mereka
langsung tidak mempedulikannya.
Di samping itu, bahasa dalam
khidmat pesanan ringkas dan dalam laman-laman sosial juga mempengaruhi mereka.
Perkataan dieja berdasarkan apa yang didengari mereka. Banyak perkataan telah
dirosakkan seperti apa menjadi ape, telefon menjaditalipon, ambil
menjadi ambik dan banyak lagi. Lagi menyedihkan apabila ejaan
sesuatu perkataan itu diubah dan ditambah oleh mereka menjadi perkataan yang
sukar difahami. Kebanyakan perkataan ini hanya difahami oleh mereka sahaja.
Sebagai contoh ,perkataan axu yang membawa maksud aku, awuxbermaksud
awak, dea iaitu dia dan sebagainya.
ISU BAHASA KASAR DALAM FILEM MELAYU
Isu ini umpamanya mampu
memberi kesan negatif kepada masyarakat masa kini yang mudah terpedaya dan
mengekalkan sikap ingin mecuba. Sebagai contoh perkataan-perkataan yang tidak
sopan yang selalu ditayangkan di dalam filem Melayu. Pelbagai program yang disiarkan
terutamanya penyiaran budaya luar telah mempengaruhi minda masyarakat kita
untuk meninggalkan budi bahasa yang menjadi pegangan masyarakat kita.
Hal ini dapat
dilihat melalui filem Melayu yang bertajuk KONGSI , terdapat bahasa-bahasa
kasar yang ditayangkan dalam filem tersebut . Sebagai contoh , bahasa kesat
yang digunakan ialah barua , mampus dan lu langsi lu mati . Perkataan-perkataan
yang digunakan ialah merupakan kata makian.Perkataan ini biasanya digunakan
untuk menunjukkan kemarahan dan untuk menyakitkan hati pendengar.
Sepatutnya ungkapan seperti ini tidak patut digunakan secara sewenang-wenangnya
kerana menunjukkan maksud yang sangat tidak baik .
CARA MENYELESAIKAN MASALAH
PERANAN DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sangat
penting dalam usaha mengatasi masalah penggunaan bahasa rojak di negara ini.
Badan induk ini bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang supaya
masyarakat peka dengan penggunaan bahasa. Dalam konteks ini, mereka haruslah
memantapkan etika kerja supaya masyarakat lebih tertarik untuk memurnikan
bahasa Malaysia. Hal ini dapat dilakukan dengan meningkatkan kualiti buku-buku
bahasa, contohnya Kamus Dewan Bahasa mestilah ditambah baik dengan memastikan
entri-entri baharu ditambah dari semasa ke semasa supaya
masyarakat lebih cinta akan bahasa yang menjadi lambang bangsa. DBP
perlu menjadi sebuah badan yang berpengaruh supaya pencinta bahasa lebih
tertarik untuk mengembleng tenaga bagi bersama-sama membendung masalah
penggunaan bahasa rojak.
Langkah
seterusnya adalah dengan pelaksanaan kempen kesedaran secara berterusan. Rakyat
Malaysia perlu menjulang bahasa Malaysia demi jati diri, maruah dan martabat
bangsa. Justeru, kempen kesedaran secara besar-besaran perlulah diadakan
sepanjang masa bukannya bermusim atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Walau
bagaimanapun, orang ramai tidak boleh mengharapkan tindakan daripada pihak DBP
sahaja sebaliknya mereka perlu bekerjasama dan berganding bahu seia sekata
“ibarat sejunjung bak sireh dan serumpun bak serai”bagi menjayakan setiap
inisiatif yang dirancang oleh pihak DBP dalam usaha membendung masalah
penggunaan bahasa rojak. Semua pihak seperti sekolah, komuniti kampung dan
bandar perlu memberikan idea yang bernas dalam memastikan prakarsa yang
berkesan dalam menangani masalah ini. Bukan itu sahaja, pihak media massa juga
memainkan peranan penting dengan mengelakkan penggunaan bahasa rojak supaya
kempen yang diadakan akan memberi impak yang maksimum ke arah memartabatkan
bahasa Malaysia.
PERANAN IBU BAPA
Pepatah melayu ada menyatakan bahawa
“melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ini bermakna mendidik anak-anak
perlulah dari kecil kerana anak-anak yang dilahirkan umpama kain putih, ibu
bapalah yang berperanan untuk mewarnainya. Ibu bapa merupakan orang yang
paling dekat dengan anak-anak. Bagi menangani fenomema masalah penggunaan
bahasa tidak sopan ini, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik
dan membimbing anak-anak dalam membentuk cara berkomunikasi dengan menggunakan
bahasa yang sopan dan teratur Ibu bapa perlu bertegas dalam mendisiplinkan
anak-anak mereka. Mereka juga perlu memantau aktiviti dan cara pergaulan
anak-anak mereka. Sekiranya terdapat ciri-ciri negatif dan penggunaan
bahasa yang kurang sopan di kalangan anak-anak , ibu bapa perlulah berusaha
menegah agar hal itu tidak berterusan. Teguran dan nasihat hendaklah
sentiasa diberikan supaya anak-anak dapat membezakan tentang bahasa yang sopan
dengan bahasa yang tidak sopan . Ibu bapa juga perlu menggunakan bahasa
yang baik dan sopan apabila berkomunikasi dengan anak-anak. Ini
menyebabkan anak-anak akan merasa lebih disayangi dan dihargai.
PERANAN MEDIA MASSA
Media massa merupakan medium yang paling sesuai untuk memainkan peranan dalam
menangani fenomena bahasa tidak sopan ini. Hal ini adalah kerana media massa
merupakan ejen penyampai yang paling berkesan dalam menyampaikan maklumat
terkini kepada orang ramai. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh media
elektronik khasnya seperti televisyen, radio dan seumpamanya ialah dengan
menyiarkan rancangan-rancangan yang menggunakan bahasa-bahasa yang baik dan
sopan. Pihak penerbit juga boleh menyediakan rencana-rencana atau slot-slot
khas yang memaparkan tentang nilai-nilai kesantunan dalam berbahasa. Selain
itu, pihak penerbit juga perlu mengawal dan memastikan rancangan-rancangan yang
disiarkan mematuhi syarat-syarat penyiaran yang telah ditetapkan terutama dalam
penggunaan bahasa yang sopan dan teratur.
PERANAN KERAJAAN
Kerajaan merupakan
jentera paling penting dalam sesebuah negara. Dalam menangani fenomena
bahasa tidak sopan ini, kerajaan juga perlu memainkan peranan untuk mengatasi
masalah ini. Contohnya, mengadakan kempen-kempen untuk meningkatkan
kesedaran orangramai tentang kepentingan menggunakan bahasa Melayu yang baik
dan betul. Pihak Kementerian Penerangan Komunikasi Kesenian dan
Kebudayaan telah pun melancarkan “Bulan Bahasa Kebangsaan” pada setiap tahun.
Pihak kementerian yang berkaitan juga boleh menubuhkan sebuah lembaga penapisan
yang bertujuan menapis bahan-bahan untuk tayangan stesen-stesen radio dan
televisyen bagi memastikan rancangan-rancangan yang ingin ditayangkan menepati
syarat-syarat wajib tayang serta mematuhi nilai-nilai budaya dan kesantunan
bahasa Melayu. Contoh yang sedia ada ialah FINAS (Lembaga Penapisan Filem
Negara) yang berperanan menapis filem-filem yang ingin ditayangkan di negara
ini agar menepati syarat wajib tayang yang telah ditetapkan
PERANAN GURU
Peranan
guru adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari emosi, jasmani, fizikal
dan rohani. Justeru dalam usaha membendung gejala penggunaan bahasa tidak
sopan ini, peranan guru khasnya guru bahasa Melayu perlu memberi penekanan
dalam aspek kemahiran lisan dalam kemahiran berbahasa. Penekanan harus
diberikan tentang aspek-aspek pertuturan yang bertatasusila, lengkap dan
tersusun. Penerapan nilai-nilai murni juga perlu diberi penekanan yang
sewajarnya. Pembentukan moral dan sahsiah yang baik juga perlu ditekankan
melalui pengajaran Pendidikan Agama lslam dan Moral. Ini bertujuan untuk
melahirkan individu yang berkeperibadian tinggi dan berakhlak mulia.
KESIMPULAN
Kita semua berupaya untuk mempertingkat budi pekerti diri dalam kehidupan
bermula dengan kata panggilan dalam keluarga yang bermula dengan suara
hati dan pertuturan. Allah s.w.t. Dalam surah an-Nisa’ (ayat 148) berfirman,
yang bermaksud
“ Allah tidak suka akan perkataan-perkataan
jahat yang keluar dari mulut seseorang melainkan perkataan (pengalaman) yang
keluar dari mulut orang yang dizalimi. Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya “ Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah lembut dalam semua
perkara”. Begitu dengan ajaran agama-agama lain yang turut menekankan
kepentingan amalan berbudi bahasa dalam kehidupan seharian.
Sebagai kesimpulannya
dengan mengamalkan kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi, kita akan
digolongkan sebagai ahli masyarakat yang peramah, bertimbang rasa, berfikiran
positif, mengamalkan sikap toleransi, bersopan santun, jujur dengan tetamu,
bermoral dan baik hati. Ini secara tidak langsung kita akan mengekalkan
peribadi yang mulia sekaligus menonjolkan peribadi bangsa yang lemah lembut dan
tinggi peradaban.